UiTM kekal untuk Bumiputera

Syed Zainal Abidin (depan, empat dari kiri) bersama staf UiTM Kelantan selepas majlis perasmian Reiact Day 2019, hari ini.
Syed Zainal Abidin (depan, empat dari kiri) bersama staf UiTM Kelantan selepas majlis perasmian Reiact Day 2019, hari ini.
A
A
A

MACHANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak bercadang membuka peluang pengajian kepada bukan Bumiputera dalam masa terdekat sebaliknya berusaha meningkatkan keupayaan untuk bersaing dan memenuhi keperluan industri global yang berkembang pesat.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, pihaknya akan berusaha menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan silibus pengajian di universiti tersebut menepati keperluan industri.

"Tidak timbul soal bangsa tetapi percaya cadangan tersebut lebih bertujuan bagi mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan penuntut yang boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah lain termasuk mengurangkan jurang dengan keperluan industri.

"Apa yang penting adalah meningkatkan daya saing Bumiputera dan berinteraksi dengan kaum lain dengan platform yang berbeza. Dalam masa yang sama, UiTM boleh memanfaatkan kepakaran 750,000 alumni untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan universiti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Research, Industry and Alumni Alumni Community (Reiact) Day 2019 yang turut dihadiri Rektor UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan dan Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni, Dr Syerina Azlin Md Nasir di sini, hari ini.

Menurutnya, kolaborasi pintar antara universiti dan pemegang taruh seperti industri, agensi kerajaan, masyarakat, alumni dan sekolah sangat digalakkan bagi memastikan hala tuju pendidikan dapat bergerak seiring dengan matlamat pendidikan negara.

Artikel Berkaitan: