Pelancong Malaysia cedera dalam gempa di Taiwan meninggal

Gambar fail anggota penyelamat cuba membebaskan pelancong yang terperangkap di Taman Negara Taroko berikutan gempa bumi pada 18 April.
Gambar fail anggota penyelamat cuba membebaskan pelancong yang terperangkap di Taman Negara Taroko berikutan gempa bumi pada 18 April.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelancong Malaysia yang cedera di Taroko Gorge National Park di Taiwan pada 18 April, Choo Yip Chean meninggal dunia semalam.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau sudah bercakap dengan ahli keluarga Yip Chean bagi menyampaikan ucapan takziah dan simpati.

"Kementerian Luar, menerusi Malaysian Friendship and Trade Centre di Taipei sedang membantu keluarga Yip Chean untuk mengendalikan segala urusan yang perlu.

"Ingatan dan doa kami untuk keluarga dan rakan-rakan mendiang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Luar meminta media dan orang ramai menjaga perasaan anggota keluarga berkenaan pada saat-saat melalui ujian ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang rakyat Malaysia cedera gempa bumi Taiwan

Menurut laporan, Choo sedang melakukan aktiviti kembara di Lushui Trail di Taroko National Park di Hualien bila daerah itu mengalami gempa dengan kekuatan magnitud 6.1. - Bernama

Artikel Berkaitan: