Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh

Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
A
A
A

KADAR jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM22.28 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.45 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM2 bilion bagi tujuh hari, tender Qard lelongan matang pelbagai Islam bernilai RM12.1 bilion bagi empat hari hingga 31 haru, serta Bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM500 juta bagi 30 hari.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM20.7 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM11.4 bilion.- Bernama

Artikel Berkaitan: