Meninggal dunia semasa memandu

Mangsa meninggal dunia semasa memandu dipercayai akibat serangan jantung.- Foto: PDRM
Mangsa meninggal dunia semasa memandu dipercayai akibat serangan jantung.- Foto: PDRM
A
A
A

TAMPIN - Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung ketika memandu sendirian di Kilometer 5.5 Jalan Air Kuning Selatan di Gemencheh, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Ramli Kasa berkata, Hussin Md Zain, 56 memandu kereta jenis Proton Saga Putih, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 6.30 pagi.

“Semasa kejadian lelaki itu memandu sendirian dari Taman Nyalas Permai, Asahan, Melaka menuju ke Air Kuning Selatan, dan setiba di lokasi dia mengalami serangan jantung sehingga menyebabkan kereta yang dipandu terbabas.

“Setibanya di lokasi, lelaki itu mengalami serangan jantung menyebabkan kereta dipandu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh penghadang jalan.

“Akibat daripada itu, keretanya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pengadang jalan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan awal yang dilakukan petugas Klinik Kesihatan Gemencheh mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan pada tubuh mayat tidak menampakkan kecederaan fizikal dan kematiannya dipercayai disebabkan serangan jantung sebelum kereta dipandunya itu terbabas,” katanya.

Artikel Berkaitan: