Lelaki direman curi RM100

Suspek direman empat hari untuk bantu siasatan selepas disyaki mencuri RM100 milik peniaga di pasar minggu Pekan Manir, di sini.
Suspek direman empat hari untuk bantu siasatan selepas disyaki mencuri RM100 milik peniaga di pasar minggu Pekan Manir, di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini selepas disyaki mencuri wang tunai RM100 milik peniaga di pasar minggu Pekan Manir, di sini, pagi semalam.

Perintah tahanan reman terhadap suspek, 30-an dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri di jalankan.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, mangsa yang sedang berniaga di tapak pasar minggu di lokasi didatangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.

"Tanpa berlengah, suspek dikatakan terus mengambil wang hasil jualan peniaga itu yang diletakkan di dalam bekas di atas meja.

"Terkejut melihat suspek sedang memegang RM100 hasil niaganya hari itu, lelaki tersebut terus bertindak menangkapnya dengan dibantu orang ramai yang ada dilokasi," katanya.

Sumber berkata, kemudian mangsa menghubungi pihak polis sebelum menyerahkan suspek untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: