Royalti: Husam sedia jadi orang tengah

Husam (dua dari kanan) mencuba jentera penuaian padi selepas Majlis Perasmian Penuaian Benih Padi Varieti UKM RC8 di bendang Badak Mati, hari ini.
Husam (dua dari kanan) mencuba jentera penuaian padi selepas Majlis Perasmian Penuaian Benih Padi Varieti UKM RC8 di bendang Badak Mati, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – “Isu tuntutan royalti petroleum daripada Petronas sepatutnya dapat diselesaikan kalau Kerajaan Kelantan guna khidmat saya sebagai orang tengah,” kata Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, beliau menjadi orang yang tepat sebagai penghubung antara kerajaan negeri dengan Pusat kerana beliau memperjuangkan isu itu sejak di dalam Pas.

Katanya, peluang itu masih terbuka dan beliau bersedia untuk menjadi orang tengah agar Kelantan dapat menikmati pampasan royalti yang diperjuangkan sejak 2010.

“Mereka (Kerajaan Kelantan) tak mahu guna khidmat saya, sebab itu jadi lambat sikit, nak buat macam mana.

“Mereka ada ramai pakar, mungkin juga sebab itu Kelantan tidak perlukan khidmat orang macam saya,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Penuaian Benih Padi Varieti UKM RC8 di bendang Badak Mati, hari ini.

Husam
Husam

Sebelum ini, prosiding Kelantan menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan royalti sepatutnya didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 17 April lalu.

Bagaimanapun tiada wakil kerajaan Persekutuan dan Petronas hadir ke mahkamah bagi proses penarikan saman isu royalti minyak itu.

Artikel Berkaitan:

Hakim memutuskan tarikh baharu iaitu 17 Mei, bagi membolehkan proses penarikan saman berhubung isu royalti dapat diselesaikan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri masih menunggu keputusan mengenainya disebabkan perkara itu hanya boleh diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berharap, wakil kerajaan Pusat dan wakil Petronas hadir ketika sesi keputusan penarikan saman royalti minyak di mahkamah pada 17 Mei akan datang.