Sekolah mohon sumbangan bina surau, dewan terbuka

Sekolah Kebangsaan (1) dan (2) Jalan Batu Tiga berkongsi kemudahan yang sama. (Gambar dari kanan: Adida, Mohd Rosli)
Sekolah Kebangsaan (1) dan (2) Jalan Batu Tiga berkongsi kemudahan yang sama. (Gambar dari kanan: Adida, Mohd Rosli)
A
A
A

KLANG - Pengurusan Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Batu Tiga memerlukan sumbangan dana bagi membina kemudahan surau baharu di sekolah berkenaan.

Difahamkan, surau sedia ada yang hanya dibina menggunakan kontena dan mampu memuatkan 10 orang murid pada satu-satu masa kini berada dalam keadaan daif dan usang.

Guru besar sekolah terbabit, Adida Haidzir berkata, sumbangan dana amat diperlukan bagi membolehkan kemudahan surau baharu dibina di lokasi yang lebih baik dan selesa.

"Surau sedia ada sudah berusia lebih 20 tahun dan berada dalam keadaan usang,"katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Lokasi tapak bekas kuarters guru yang dicadangkan bagi pembinaan surau baharu tersebut.
Lokasi tapak bekas kuarters guru yang dicadangkan bagi pembinaan surau baharu tersebut.

Adida berkata, buat masa ini pihak sekolah masih belum memperincikan jumlah kos sebenar pembinaan surau baharu tersebut namun lokasinya sudah dikenalpasti.

"Buat masa ini kami dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masih sedang membuat perincian mengenai kos sebenar pembinaan surau ini memandangkan banyak perkara perlu diambil kira.

"Kawasan bekas tapak kuarters guru di sekolah berkenaan dilihat amat sesuai dibina surau tersebut berikutan lokasi itu kini sudah tidak digunakan lagi oleh mana-mana pihak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah berkenaan, Mohd Rosli Mahmood berkata, selain pembinaan surau, sekolah tersebut juga mengharapkan dana dan sumbangan bagi pembinaan dewan terbuka.

Kemudahan surau sedia ada sangat sempit dan tidak selesa.
Kemudahan surau sedia ada sangat sempit dan tidak selesa.

Mohd Rosli berkata, pembinaan dewan terbuka itu dapat memudahkan pihak sekolah melaksanakan sebarang aktiviti atau program di luar bilik kelas selepas ini.

"Buat masa ini, dewan yang digunakan terdiri daripada kelas-kelas yang disambung dengan pintu lipat dan jika ingin anjur sebarang program mereka perlu buka pintu itu terlebih dahulu.

"Jadi kalau sekolah nak buat program atau sebagainya agak susah kerana mereka perlu pastikan ia tak mengganggu pembelajaran murid di kelas," katanya.

Ujarnya, pembinaan surau dan dewan terbuka tersebut dapat memberi banyak manfaat memandangkan Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Batu Tiga turut berkongsi kemudahan ini.

Surau yang berusia lebih 20 tahun dilihat tidak lagi kondusif bagi menamping kegunaan murid dan guru sekolah terbabit.
Surau yang berusia lebih 20 tahun dilihat tidak lagi kondusif bagi menamping kegunaan murid dan guru sekolah terbabit.

Tambahnya, mana-mana badan berkaitan kerajaan (GLC) yang ingin menghulurkan bantuan selepas ini boleh berhubung terus dengan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.