Khairuddin minta TMJ tidak terlalu ghairah bercakap isu politik

Khairuddin
Khairuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyelaras Parlimen Jasin PH, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meminta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak terlalu ghairah bercakap isu politik.

Khairuddin mendakwa, sikap Tunku Ismail yang tidak menghormati Perlembagaan menunjukkan baginda tidak faham asas Raja Berpelembagaan.

“Beliau tidak seharusnya terlalu ghairah sekiranya benar-benar mengungkapkan kenyataan ‘Baik tukar Perdana Menteri’ baru-baru ini.

“Kalau TMJ ingat beliau hebat dalam politik, dipersilakan turun dari takhta dan menceburi bidang politik secara sepenuh masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular satu video merakamkan kenderaan TMJ beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor, selepas perlawanan membabitkan JDT dan kelab dari China, Shandong Luneng.

Ketika kenderaan baginda melalui kumpulan penyokong JDT, seorang individu melaungkaan “Tukar Mora” yang merujuk kepada Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Kenderaan yang membawa TMJ kemudian berhenti dan baginda kemudian bertitah:

“Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri,” titahnya seraya disambut ketawa hadirin yang berada di sana.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Khairuddin mendakwa TMJ adalah seorang anak muda yang masih mentah dalam pengalaman politik.

A post shared by SinarHarian (@sinarharian) on