Jimat kos setengah juta ringgit

Empat dari kiri: Karupaiya, Wan Mohamad, Izamel, Rohaida dan Siti Aisyah bersama kakitangan JKR.
Empat dari kiri: Karupaiya, Wan Mohamad, Izamel, Rohaida dan Siti Aisyah bersama kakitangan JKR.
A
A
A

KULIM - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah berjaya menjimatkan kos setengah juta ringgit bagi pembinaan Jambatan Merbau Pulas bagi menggantikan jambatan sedia ada di FT 136/079/15.

Pengarah JKR Kedah, Ir Wan Mohamad Hilmi Wan Mahmud berkata, harga kontrak asal ialah sebanyak RM7,303,294 namun JKR berjaya menyiapkan projek itu dengan harga RM6,804,601.02.

"Daripada harga asal kita berjaya jimatkan setengah juta ringgit. Ini menjimatkan duit kerajaan," katanya kepada Sinar Harian dalam Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan Sedia Ada di FT136/079/15 di sini, semalam.

Beliau berkata, projek itu dilakanakan kontrakror Innokoperat Sdn Bhd manakala perunding projek ini ialah Perunding Asas Consulting Engineers.

"Projek ini juga antara yang siap mengikut jadual. Tarikh milik tapak ialah pada 2 Oktober 2016 dan siap pada 29 September 2018. Lebih kurang dua tahun.

"Kita amat berterima kasih kepada pihak kontraktor yang dapat jalankan tugas dengan baik dan prestasi terbaik," katanya.

Katanya, pembinaan jambatan sepanjang 54 meter dan lebar 14 meter itu juga dapat mengelakkan bencana banjir besar.

"Jambatan ini dulu agak sempit dan pendek. Jika berlaku banjir besar, mungkin undang masalah.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita telah panjangkan dan lebarkan jambatan itu, secara tidak langsung laluan sungai juga lebih lebar. Pontensi berlaku banjir juga kurang.

"Kita sangat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana membantu menyelesaikan masalah di jambatan ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan diharap dapat membantu JKR Kedah bagi naik taraf jambatan seumpama itu.

"Jika perlu di tempat-tempat lain kita harap kerajaan persekutuan dapat bantu negeri dengan memberikan peruntukan," katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya Mutusami; Adun Merbau Pulas, Datuk Siti Aisyah Ghazali; Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya, Izamael Zamzuri Ismail dan Jurutera Daerah Kulim/Bandar Baharu Ir Rohaida Rashid.