Anwar mahu terus bongkar pembohongan Pas

anwar
anwar
A
A
A

TANAH MERAH - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau akan terus melakukan pendedahan berhubung pembohongan yang dilakukan pemimpin Pas.

Menurutnya, perkara itu akan dilakukan secara perlahan, selepas mendedahkan pembayaran RM1.4 juta oleh Pas kepada Editor Sarawak Report clare Rewcastle-Brown.

"Apa yang saya katakan kali ini, berhubung penipuan yang berlaku dan perkara itu harus dibongkar. Saya akan bongkar cerita sikit-sikit, koho-koho (perlahan-lahan).

"Tak boleh terlalu cepat dedahkan semua sekali. Sekarang ini saya terangkan masalah kes ini dulu lepas itu baru pembongkarannya," katanya selepas ceramah pada program Bicara Perdana di Padang Siam Tanah Merah, semalam.

Beliau mengulas pendedahan penyelesaian saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London, baru-baru ini.

Februari lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mendedahkan Hadi membayar RM1.4 juta itu kepada Clare, malah perkara itu disusuli dengan pendedahan Clare yang mengesahkan penerimaan bayaran tersebut.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Pas masih menafikan perkara itu dan mengunci mulut.

Sementara itu, Anwar turut hairan dengan pimpinan Pas yang mengetahui perkara itu tetapi tetap memberi penjelasan yang tidak munasabah.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang saya dedahkan itu mempunyai fakta dan bukannya memfitnah selepas melihat sendiri salinan dokumen serta cek bayaran tersebut. Apa makna semua ini?

"Mereka menidakkan kenyataan. Padahal mereka tahu perkara sebenar, jadi bagaimana kita nak orang hormat pada kita? Bila orang tengok kita ada akhlak, bila bercakap perlu bercakap benar.

Anwar berkata, kenyataannya itu bukan bermakna sebuah Parti Islam semuanya akan bercakap benar.

"Ini pertarungan politik. Jika mula-mula dulu musuh DAP, bila dalam Pakatan Rakyat dulu, Pas juga turun kempen untuk DAP. Sekarang dia cakap pula salah DAP.

"Dulu kita tahu sikap Pas pada UMNO, sekarang nak baik pula, biarkanlah. Dulu cakap lain sekarang lain. Jadi agama ini boleh main ikut selera urusan politik. Ini yang saya tak setuju dalam Pas," katanya.