Ramona diugut penggodam

Ramona Zam Zam - Foto Instagram
Ramona Zam Zam - Foto Instagram
A
A
A

PELAKON, Ramona Zam Zam telah menerima ugutan daripada individu tidak dikenali yang mahu menggodam akaun Instagram baharunya iaitu @ramonazamzam.

Jelas selebriti berusia 29 tahun itu, individu yang menggunakan nama akaun Aslanbey.Xp6 terlebih dahulu sudah menggodam akaun lamanya, @ramona_zamzam pada awal tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut juga meminta wang sebagai pertukaran sekiranya mahukan kembali akaun berkenaan, namun tidak diendahkan bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 itu.

"Dua hari lepas, saya ada memuat naik sebuah posting dan tiba-tiba dia meninggalkan mesej dengan ayat 'DM me' (mesej saya).

"Saya tak berdiam diri dan membalas kerana berpendapat dia masih berani meninggalkan mesej selepas apa yang dilakukan.

"Tapi tiba-tiba dia macam bengang dan mengugut untuk menggodam akaun baharu ini dan memadamnya dalam masa dua hari," jelasnya kepada Sinar Harian.

Mengakui bengang dan tertanya-tanya mengapa penggodam tersebut masih mengganggunya, Ramona berharap para pengikut Instagram dan peminat dapat membantunya melaporkan akaun berkenaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Saya memang rasa bengang sehingga terfikir apa dosa saya pada dia. Saya bunuh ahli keluarga dia ke? Saya pernah menyakitkan hati dia ke?" ujarnya.

Tambah Ramona, dia amat berharap pengikut Instagram yang mengikuti akaun terdahulu melaporkan akaun berkenaan kepada pihak Instagram dan turut melaporkan akaun penggodam yang mengugutnya.

"Masih ada yang tak tahu akaun lama telah bertukar tangan. Jadi saya berharap pengikut akaun lama aware dan report akaun itu," katanya.

Mengakui bimbang sekiranya akaun terbaharu ini digodam buat kali kedua, Ramona berkata, laman Instagramnya seperti sebuah portfolio kerja.

"Ia bukan tentang gambar-gambar peribadi atau kenangan, tapi lebih kepada portfolio kerja.

"Jadi saya harap peristiwa sama tidak akan berulang lagi," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa ibarat putus cinta : Ramona