Guna semula premis tinggal di Bukit Fraser

Ishak Mokhtar
Ishak Mokhtar
A
A
A

RAUB - Tourism Pahang akan mengenalpasti lokasi tinggal seperti tanah lapang, rumah dan bangunan lama untuk diguna semula dengan membina tarikan baharu di Bukit Fraser, di sini.

Pengurus Besarnya, Datuk Ishak Mokhtar berkata, bagaimanapun, proses itu tidak akan melibatkan penebangan pokok baharu, sebaliknya memanfaat lokasi sedia ada.

Menurutnya, ini bagi mengekalkan sistem semulajadinya yang asli dan terpelihara memandangkan Bukit Fraser mempunyai kelompok pasarannya yang tersendiri.

“Tourism Pahang juga tidak merancang untuk merancakkan pembangunan Bukit Fraser sehingga menjadi seperti pusat peranginan dan tanah tinggi yang lain, seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands di negeri ini.

“Statistik kedatangan pelancong ke bukit Fraser bagi tahun 2014 hingga 2018 mencatatkan jumlah keseluruhan 609,505.

“Mereka terdiri kalangan para pencinta flora dan fauna memandangkan selama lebih 30 tahun Bukit Fraser membuat sambutan Fraser’s Hill International Bird Race pada 22-23 Jun 2019.

“Namun kita akan mengenalpasti lokasi lokasi tinggal seperti tanah lapang dan bangunan bangunan lama untuk dibangunkan sebagai tarikan baharu di sini. Antaranya membuka Strawberry Farm. Tapi tidaklah seluas di Cameron Highlands kerana kita tidak akan menebang pokok pokok baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Perayaan 100 Tahun Bukit Fraser 2019, di sini,semalam.

Artikel Berkaitan:

Ishak berkata, program yang diadakan julung kali ini bertujuan menggalakkan usaha mempromosikan Bukit Fraser sebagai salah satu destinasi pelancongan yang telah mencapai usia 100 tahun.