X

Kindly register in order to view this article
!

'Bantu belia cari kerja, bukan bawa BTS'

Muhammad Azwan Marukum
A
A

SHAH ALAM- Usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS untuk membuat persembahan sempena tahun melawat Malaysia 2020 merupakan tindakan tidak relevan.

Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Muhammad Azwan Marukum berkata, tindakan itu tidak relavan dengan situasi ekonomi negara yang sedang meruncing bahkan tindakan tersebut dilihat sengaja menggalakkan belia ke arah perkara yang tidak bermanfaat dan melalaikan.

"Kerajaan mendesak rakyat, termasuk belia untuk menjalani dan meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan kos sara diri yang semakin tinggi.

"Sepatutnya kerajaan lebih fokus kepada perancangan untuk membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi khusus kepada belia.

"Usaha ini mampu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia serta membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi negara dan inilah yang belia perlukan sebenarnya," katanya.

Menurutnya, usaha untuk menjemput penghibur luar negara memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan pastinya akan menjejaskan dana yang sedia ada.

"Ini satu perancangan yang membazirkan dana negara di mana masa sama usaha dan saranan kerajaan meminta warganya berjimat serta berbelanja dalam negara, sepatutnya kerajaan menunjukkan contoh yang baik.

"Mengapa perlu membawa penghibur luar negara sedangkan negara kita sendiri memiliki penghibur yang berbakat dan berwibawa, peluang sebegini sewajarnya diberikan kepada penghibur anak tempatan khasnya golongan belia," katanya.

Jelasnya, pihaknya berharap KBS mengkaji semula usaha untuk membawa penghibur luar negara bagi membuat persembahan.

"Kementerian seharusnya fokus kepada pembangunan sahsiah belia dalam konteks ekonomi dan sukan, sediakan kemudahan platform dan fasiliti lengkap kepada mereka agar golongan belia ini mampu bersama-sama memacu negara serta menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan disegani.

"Tahun Melawat Malaysia 2020 adalah program untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia maka biarlah anak tempatan yang mewakili negara," katanya.

23 April lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam usaha membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

ARTIKEL BERKAITAN Bawa BTS bukan saja-saja!

ARTIKEL BERKAITAN KBS dalam usaha bawa kumpulan K-Pop BTS ke Malaysia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!