Piala AFF: 345 ‘ekor’ Harimau Malaya terbang ke Hanoi

Lingam (topi merah) bersama sebahagian penyokong Harimau Malaya di KLIA2, pagi tadi.
Lingam (topi merah) bersama sebahagian penyokong Harimau Malaya di KLIA2, pagi tadi.
A
A
A
SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia meneruskan kesinambungan dan kehangatan pentas final kedua Piala AFF Suzuki 2018 menerusi penerbangan khas buat penyokong skuad Harimau Malaya ke Hanoi.

Menyedari kepentingan ‘pemain ke-12’ untuk menyuntik semangat pemain skuad kebangsaan bagi aksi bertemu Naga Emas, AirAsia mengambil inisiatif bagi membolehkan penyokong tegar negara, Ultras Malaya ‘menggegar’ Stadium My Dinh Hanoi malam esok.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Perniagaan Penerbangan), Bo Lingam berkata, usaha ini sebagai satu bentuk penghargaan kepada penyokong setia skuad Malaysia dan berbesar hati untuk kali kedua melaksanakan penerbangan khas ke Bangkok pada aksi separuh akhir kedua, 5 Disember lalu.

"Inisiatif ini berdasarkan semangat kepada pasukan negara dan kami membantu mereka melontarkan sokongan memandangkan kita memiliki sumber yang boleh digunakan.

“AirAsia dan sukan sememangnya tidak dipisahkan jadi atas dasar ini juga kita gembira untuk memberi peluang ini khususnya kepada penyokong di belakang tabir yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Penerbangan Khas Ultras Malaya bersama AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), hari ini.
Artikel Berkaitan:


Untuk rekod, penerbangan khas kali ini menerbangkan seramai 345 penyokong tegar Harimau Malaya.