Paraglider maut jatuh sungai

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BESUT- Seorang paraglider maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Keluang berhampiran Bukit Bubus dan Bukit Keluang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Ab Haziz Muhamood, 61, dari Kuala Lumpur dikatakan terjatuh di muara sungai itu ketika mahu melakukan pendaratan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa sebelum itu melakukan penerbangan luncur udara (paragliding) dari puncak Bukit Bubus tidak jauh dari tempat kejadian.

Menurutnya, selepas beberapa minit terbang mangsa dikatakan ingin melakukan pendaratan namun tersasar dan terjatuh ke dalam sungai sebelum lemas.

“Mangsa dibawa naik ke tebing dengan bantuan bot orang awam selepas kejadian disedari rakan penerjun lain namun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang memeriksa mangsa sejurus tiba di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Besut untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: