Harimau Malaysia sedia hadapi China

Aksi sewaktu perlawanan Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam. - Foto Bernama
Aksi sewaktu perlawanan Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam. - Foto Bernama
A
A
A

SELEPAS melalui permulaan yang hebat, pada Siri Final Lelaki Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2019 dengan membenam, Brazil 6-0 semalam, pasukan hoki negara kini berhati-hati dengan cabaran China ketika bertemu pasukan itu, esok.

Tidak seperti Malaysia, pasukan ranking ke-14 dunia itu memulakan kempen kumpulan B itu dengan kekalahan mengejut 1-2 kepada pasukan, Itali di Stadium Hoki Bukit Jalil semalam.

Ini bermakna, Malaysia yang berkedudukan ranking ke-13 dunia, perlu bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kebangkitan pasukan tembok besar itu pada kejohanan yang menjadi kelayakan untuk ke Olimpik Tokyo 2020.

“Tentunya China akan bermain lebih bersungguh-sungguh esok selepas kekalahan mengejut, itu sudah pasti. Kita perlu melihat pasukan ini yang menunjukkan permainan terbaik ketika menentang Ireland dan England dalam Piala Dunia, jadi kami perlu bersedia.

“Saya telah katakan dalam kejohanan ini, kita tidak boleh memandang rendah mana-mana pasukan dan terutamanya China, kerana kita tahu mereka adalah lawan yang bagus. Saya tahu kualiti pasukan saya dan saya percaya pada pasukan saya. Pada masa ini, apa yang boleh saya katakan, kita bermula dengan baik,” kata jurulatih negara Roelant Oltmans.

Roelant yang gembira dengan prestasi pukulan sudut penalti, selepas berjaya menghasilkan tiga gol daripada tujuh percubaan (42 peratus) melepasi sasaran 30-35 peratus, berkata, beliau akan perbaiki barisan pertahanan pula.

Sementara itu, Jurulatih China, Kim Sang-ryul akui perlawanan menentang Malaysia merupakan yang paling sukar dalam pusingan ini, tetapi percaya pemainnya mampu untuk mengubah keadaan.

“Kami akan aturkan sesuatu, tentu sekali kami tahu Malaysia lebih baik dari Itali... Saya telah lihat mereka (Malaysia) bermain, sebagai pasukan dan individu. Tetapi sekarang ini, kami perlu lihat apa kesilapan yang dilakukan malam tadi.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan berbincang dengan pemain saya dan semua perlu bagi tahu kenapa (ia berlaku), pergerakan mereka, penerimaan bola, hantaran bola dan beberapa kali mereka lupakan taktik. Mungkin mereka gugup kerana ramai yang bermain buat kali pertama, atau telalu yakin, tetapi esok kita perlu baikinya,” katanya.

Perlawanan kumpulan B akan bersambung esok dengan Brazil berhadapan Itali pada 6.05pm manakala Malaysia bertemu China pada 8.05pm.

Dua pasukan terbaik dalam kejohanan lapan negara ini akan layak ke pusingan seterusnya untuk Kelayakan Olimpik.- Bernama