Suspek serangan pasar Strasbourg maut ditembak

Suspek serangan di pasar Krismas di Strasbourg, Cherif Chekatt maut ditembak polis Perancis. - Foto Business Insider UK
Suspek serangan di pasar Krismas di Strasbourg, Cherif Chekatt maut ditembak polis Perancis. - Foto Business Insider UK
A
A
A
STRASBOURG - PERANCIS.Lelaki bersenjata yang menembak mati tiga mangsa di pasar Krismas di Strasbourg maut dalam pertempuran dengan anggota polis semalam.

Cherif Chekatt, 29, ditembak mati dalam satu operasi besar-besaran di Neudorf/Meinau pada jam 9 malam (waktu tempatan), selepas berjaya melarikan diri selama 48 jam.

“Chekatt ditembak selepas melepaskan tembakan kepada pihak polis,” kata sumber.

Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner, berkata tiga anggota polis mengesan seorang lelaki yang disyaki Chekatt ketika berada di kawasan terbabit dan cuba memberkasnya.

Suspek dilaporkan melepaskan tembakan ke arah anggota polis berkenaan, menyebabkan mereka melepaskan tembakan balas.- Reuters
Artikel Berkaitan: