'Sampai bila aku nak hidup dalam lagha?'

Mila Jirin
Mila Jirin
A
A
A

PENYANYI Mila Jirin mengakui hatinya berbolak-balik ketika awal membuat keputusan untuk bertudung pada tahun 2014.

Apatah lagi pada ketika itu, tawaran nyanyian mula berkurangan.

Bagaimanapun dia sentiasa berdoa dan yakin dengan rezeki milik ALLAH SWT.

No Image Caption

"Waktu saya nekad berhijab pada tahun 2014, hati saya terdetik: 'sampai bila aku nak hidup dalam lagha (sia-sia)? Aku tahu bertudung itu wajib, tapi kenapa aku menidakkan kewajiban itu?'

"Saya berdoa 'Ya ALLAH bimbing aku Ya ALLAH... Jangan bolak-balikkan hatiku Ya ALLAH'.

"Ada juga bisikan syaitan bermain-main di minda: 'macam mana jika tak ada orang panggil show lagi?

"Tapi saya kuatkan hati... Rezeki dari ALLAH bukan dari manusia," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah wanita berusia 32 tahun ini, walaupun rezeki dalam dunia seni kurang tetapi ALLAH telah gantikan rezeki yang lebih baik dalam perniagaan.

"Saya bersyukur dengan segala rezeki yang ALLAH pinjamkan," ujarnya.

Malah Mila juga sempat berkongsi cara terbaik untuk kekal istiqamah dan turut menitipkan pesanan buat mereka yang mahu berubah ke arah kebaikan.

"Walaupun dah bertudung, nak kekal istiqomah dalam menutup aurat bukan mudah. Kena pilih kawan yang baik, yang sering mengajak kita ke arah kebaikkan.

"Best kawan dengan sahabat-sahabat yang baik ni, kita jadi positif dan kita akan berlumba-lumba nak kejar kebaikkan.

"Insya ALLAH, moga ALLAH tetapkan iman dan beri hidayah buat kita semua," katanya.