Kuota matrikulasi: Kulasegaran kata 'okay'

Kulasegaran (kanan) melawat bilik memperoses produk makanan tambahan dihasilkan pelatih pusat latihan tersebut.
Kulasegaran (kanan) melawat bilik memperoses produk makanan tambahan dihasilkan pelatih pusat latihan tersebut.
A
A
A

HULU SELANGOR - Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran hanya memberi komen ringkas 'okay' ketika diminta mengulas mengenai kuota kemasukan bukan bumiputera ke kolej matrikulasi.

Pada 24 April lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan kuota pengambilan pelajar ke program kolej matrikulasi dikekalkan pada kadar 90 peratus untuk bumiputera dan 10 peratus kepada bukan bumiputera.

"Oklah, biarlah orang lain komen dan kena tanya Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Monumen Peringatan Mahatma Gandhi di Pusat Latihan Transformasi MySkill Kampus Kalumpang, hari ini.

Pada program tersebut, sebanyak 150 pokok ditanam sebagai simbolik memperingati tokoh pejuang kemerdekaan India itu.

Hadir sama, wakil Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, Nishit Kumar Ujjwal.

Kualsegaran berkata, terdapat 32 institut latihan di bawah Kementerian Sumber Manusia di seluruh negara yang menyediakan latihan kemahiran untuk semua kaum termasuk orang asli.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai pencapaian dan sokongan rakyat terhadap PH, beliau memaklumkan kerajaan baharu setahun memerintah.

Artikel Berkaitan: