Pesara dipelawa sumbang idea bantu Kerajaan Pahang

Norol Azali bersalaman dengan pesara kerajaan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-25 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Pahang di Wisma Belia, di sini hari ini.
Norol Azali bersalaman dengan pesara kerajaan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-25 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Pahang di Wisma Belia, di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN- Pesara kerajaan di negeri ini dipelawa menyumbangkan pandangan serta idea mereka demi menambahbaik sistem penyampaian awam kerajaan.

Exco Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata, pendekatan ini mampu membantu kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan dan memperbaiki kelemahan yang masih ada kerana pengalaman dimiliki pesara kerajaan boleh digunakan.

Menurutnya, pihaknya percaya ramai di antara pesara masih mempunyai pandangan bernas yang boleh digunakan sebagai panduan kepada kerajaan negeri bagi memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada rakyat di negeri ini.

"Kita (kerajaan negeri) sentiasa mengalu-alukan sekiranya ada dalam kalangan pesara kerajaan yang ingin berkongsi pandangan buah fikiran dan pandangan serta mampu memberi sumbangan dalam memantapkan lagi perkhidmatan awam di Pahang.

"Adalah menjadi satu penghormatan kepada saya dan juga kerajaan negeri sekiranya mereka (pesara kerajaan) sudi memberikan pandangan dan kritikan membina, demi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak, sama ada pihak kita sebagai pentadbir yang diamanahkan menjaga kebajikan rakyat dan paling penting ia memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-25 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Pahang di Wisma Belia, di sini hari ini.

Kira-kira 400 daripada 4,545 ahli persatuan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Norol Azali berkata, usaha persatuan mengadakan mesyuarat dan pemilihan barisan pimpinan baharu persatuan secara matang membuktikan bahawa setiap ahli menghormati amalan demokrasi secara matang.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, proses pemilihan pimpinan baharu adalah amalan biasa dalam semua persatuan dan juga parti politik di negara ini dengan memfokuskan kepada pembinaan karaktor serta kredibiliti persatuan itu sendiri.

"Saya difahamkan pada mesyuarat kali ini, ada pemilihan (pimpinan) berlangsung dan ia adalah perkara biasa dalam mana-mana persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

"Kita memilih bukan kerana ingin menjatuhkan sesiapa kerana persatuan ini adalah satu keluarga besar yang sama-sama ingin melihat kebajikan semua ahli dapat diperjuangkan dan dipelihara.

"Sudah pasti proses (pemilihan) ini akan mematangkan lagi persatuan dan boleh membawa persatuan ini ke satu tahap yang lebih membanggakan satu hari nanti," katanya.