Filem 'orang itu' membawa suara masyarakat terpinggir

Filem ‘Orang Itu’ dihasilkan bagi memberikan kesedaran mengenai masyarakat terpinggir - Foto Bernama
Filem ‘Orang Itu’ dihasilkan bagi memberikan kesedaran mengenai masyarakat terpinggir - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Filem ‘Orang Itu’ dihasilkan bagi memberikan kesedaran mengenai masyarakat terpinggir kata Presiden dan Pengasas Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis Low Ngai Yuen.

Filem itu merupakan antara filem yang ditayangkan di auditorium Kompleks Mahkamah berusia 145 tahun, bersempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 (AIFA).

Festival tiga hari ini meraikan filem-filem terbaik di rantau ASEAN, mengumpulkan pembuat filem dan pelakon dirantau ini dalam satu bandar.

“Melalui filem ‘Orang Itu’ yang menampilkan Sofia Jane, Carmen Soo dan KK Wong, kami mahu memaparkan stigma dan diskriminasi dihadapi mereka yang tidak mempunyai rumah, dan masyarakat yang terpinggir di Malaysia, yang berhadapan risiko dijangkiti hepatitis disebabkan kekurangan pengetahuan dalam asas penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Kami mahu perbincangan dan tindakan segera mengenai isu ini,” kata Low dalam sesi soal jawab selepas tayangan filem itu malam tadi.

Filem itu turut dilakonkan Sawyer Leong, Redza Minhat, Nam Ron, Tony Eusoff, Rashid Khalid dan Vanidah Imran.- Bernama

Artikel Berkaitan: