Bersatu makin dapat tempat di hati orang Melayu

Adhif Syan Abdullah
Adhif Syan Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Bersatu semakin mendapat tempat di hati orang Melayu menjadi punca musuh parti ini cuba menabur fitnah, dakwa Ketua Armada Selangor, Adhif Syan Abdullah.

Menyentuh polemik hubungan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa berlaku keretakan, Adhif Syan berkata perkara itu tidak benar.

Menurutnya, ia merupakan usaha pihak tertentu bagi memecah-belahkan ukhuwah silaturahim antara kepimpinan dan ahli.

“Usaha untuk pecah-belahkan parti ini dikesan cuba dilakukan sejak dulu lagi.

“Bagaimanapun, strategi ini tidak berjaya sebaliknya Bersatu jadi semakin kukuh dan ‘keluarganya’ menjadi semakin besar.

"Ia dicerminkan menerusi kemasukan ratusan ribu ahli Bersatu baharu dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Tambahnya, hubungan serta kerjasama Dr Mahathir dan Muhyiddin serta kepimpinan seluruhnya adalah sangat baik.

Pengalaman serta pengorbanan kedua pemimpin ini ketika melawan rejim UMNO/BN memateri hubungan yang utuh antara kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

“Armada Selangor akan terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Dr Mahathir serta Tan Sri (Muhyiddin) serta akan sentiasa meletakkan kepercayaan penuh kepada mereka dalam mengemudi hala tuju parti.

“Kami isytiharkan ‘perang’ tehadap sebarang anasir jahat dan musuh terang mahupun sembunyi yang cuba merosakkan parti,” katanya.