Kajian Merdeka Center tak jejas PH hadapi PRK Sandakan

Saifuddin kiri terima cenderahati daripada pengurusan Shell dalam program hari ini.
Saifuddin kiri terima cenderahati daripada pengurusan Shell dalam program hari ini.
A
A
A

KULIM- Hasil kajian Merdeka Center tidak akan menjejaskan PH hadapi PRK di Sandakan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil kaji selidik itu tidak akan mengubah apa-apa terutamanya penyusunan strategi.

"Sebagai Setiausaha Agung saya telah turun ke Sandakan minggu lepas dan berjumpa jentera PKR di Sandakan, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Batu Sapi, Tawau dan Semporna.

"Ini semua Zon Timur, saya telah mengadakan perbincangan dengan mereka dan keluarkan arahan untuk bersiap saga dengan jentera dan program," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian kempen kesedaran keselamatan petroleum peringkat negeri Kedah di stesen minyak Shell Kilang Lama, hari ini.

Saifuddin berkata, Parlimen Sandakan mempunyai 42 peratus masyarakat muslim dengan majoriti 9,000 kemenangan tempoh hari (PRU14).

"Ia daripada angka yang relatifnya agak selesa. Tetapi saya pesan kepada jentera PKR di Zon Timur supaya tidak mengambil mudah (majoriti kemenangan).

"Mereka telah memulakan susunan, saya sendiri akan berada di sana dalam tempoh kempen ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) juga akan berada di sana. Pemimpin utama parti telah menyusun jadual," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas Saifuddin, beliau akan menyampaikan taklimat berkaitan persiapan parti kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR yang akan bermesyuarat esok.

"Ini adalah tanggungjawab berpasukan dalam konteks gabungan PH," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ini mengulangi pendirian bahawa beliau bersetuju dengan isu-isu dikenal pasti Merdeka Center dalam soal reaksi rakyat terhadap suasana ekonomi dan pelaksanaan manifesto.

Namun dalam soal peratusan sokongan rakyat kepada PH katanya, beliau memilih berbeza pandangan kerana hasil dapatan itu tidak semestinya tepat.

"Merdeka Center ialah agensi sama melakukan pengundian sebelum PRU14. Seminggu sebelum PRU14 Merdeka Center dengan yakin menyebut BN kekal memerintah," katanya.

"Tetapi seminggu selepas itu BN. Daripada segi peringatan dan isu dibangkitkan saya sambut baik. Ini baru tahun pertama, kita ada empat tahun lagi," katanya.

Terdahulu, media melaporkan hasil kajian Merdeka Center tahap sokongan rakyat kepada PH merosot daripada 79 peratus pada Mei 2018 kepada 39 peratus pada Mac 2019.

ARTIKEL BERKAITAN:PKR terima baik hasil kajian Merdeka Center