UEFA gantung Neymar tiga perlawanan

Keterlanjuran itu menyebabkan Neymar digantung tiga perlawanan. - Foto AFP
Keterlanjuran itu menyebabkan Neymar digantung tiga perlawanan. - Foto AFP
A
A
A

KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) menggantung penyerang Brazil, Neymar tiga perlawanan selepas didapati bersalah mengkritik pengadil menggunakan kata-kata kesat menerusi media sosial sebaik kelabnya, Paris Saint Germain (PSG) tersingkir di pusingan kedua musim ini.

PSG kalah kepada Manchester United menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan waktu itu dan Neymar yang tidak bermain dalam perlawanan tersebut kerana cedera, lapor AFP.

Neymar sebelum ini dilaporkan meluahkan rasa tidak puas hati secara tidak bermoral berikutan tindakan pengadil menghadiahkan penalti pada minit terakhir permainan yang disempurnakan Marcus Rashford.

Tanpa penalti kepada Rashford, PSG pasti akan mara menerusi kemenangan agregat 3-2 tetapi keputusan seri 3-3 bagaimanapun lebih memihak kepada United untuk mara ke suku akhir menentang Barcelona.

Dengan keputusan UEFA itu, hukuman Neymar, 27, hanya akan berkuat kuasa musim depan.

Ini bermakna PSG yang sudah pun layak akan kehilangan khidmat Neymar untuk separuh aksi peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah musim depan.

Artikel Berkaitan: