PRN: DUN Kelantan dijangka bubar pertengahan Jun

TUMPAT - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu sebelum berakhir bulan Jun depan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, mengikut makluman yang diperolehi, kesemua negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada bulan tersebut.
Beliau bagaimanapun menjelaskan tarikh pembubaran antara satu negeri dengan negeri yang lain tidak sama namun masih pada Jun.
"Sekiranya semua negeri bubar pada Jun maka kita jangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung pada Julai.