Kenyataan Mohd Asri betul, kata Mufti Perak

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
A
A
A

IPOH - "Saya ada baca kenyataan itu. Tak ada apa. Betullah tu,"

Itu reaksi Mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria berhubung kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan kahwin lari, luar kawasan sah berdasarkan beberapa keadaan dan situasi.

Menurut Harussani, pasangan yang ingin berkahwin boleh menggunakan wali hakim.

Malah katanya, situasi berkenaan juga boleh diaplikasikan di negara ini.

"Kenyataan itu tak ada apa. Betullah tu. Kalau wali enggan nikahkan, boleh guna wali hakim.

"Contoh, seorang perempuan nak berkahwin dengan lelaki ni, tetapi bapa perempuan tak mahu walikan, sampai dah panggil tiga kali pun tak mahu juga sedangkan pasangan memang layak bernikah," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Harussani turut menolak kemungkinan perkara itu akan membuatkan lebih ramai pasangan yang bertindak untuk kahwin di luar negara selepas ini.

"Seperti.yang saya katakan tadi, wali hakim boleh tetapi hanya kalau bapa (wali) betul tak mahu menikahkan pasangan," katanya.

Artikel Berkaitan: