Video prank curi barang kemas, 'trend' di China

No Image Caption
A
A
A
BEIJING - CHINA. Rakaman situasi cemas melihat jurujual berlari pantas mengejar pelanggan wanita yang kononnya cuba mencuri barang kemas di kedai, kini 'trending' di China.

Namun itu hanyalah video 'prank' atau gurauan menerusi aplikasi Tik Tok yang kini menjadi kegilaan masyarakat di negara tersebut.

Memetik ABC News, beberapa rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelanggan wanita sedang mencuba seutas rantai emas.

Setelah memakai rantai emas, wanita itu berlari seakan menuju ke pintu namun sebaliknya dia sekadar berhenti di hadapan cermin.

Tindakan itu pastinya membuatkan jurujual cemas dan berlari mengejarnya kerana menyangka wanita mahu mencuri rantai emas tersebut.
Artikel Berkaitan:


Ada jurujual yang gigih memanjat kaunter, berlari ke arah pelanggan tetapi berpaling semula setelah melihat pelanggan itu sekadar mahu ke arah cermin.

Dikatakan, video itu mula tersebar menerusi perkongsian video pendek Tik Tok awal bulan lalu yang dikenali sebagai Douyin di China.

Rakaman berdurasi 1.12 minit itu mendapat jutaan tontonan hanya beberapa minggu dimuatnaik di media sosial. - ABC News