Empat warga Indonesia ditahan, 5,000 liter diesel dirampas

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 5,000 liter diesel bernilai RM11,000 dari sebuah bot tunda di perairan Miri pada Khamis lepas.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, empat kru bot tunda warga Indonesia berusia 23 dan 30 tahun itu turut ditahan pada 9.10 malam di lokasi lima batu nautika dari Kuala Baram.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tunda tersebut dipercayai membawa muatan diesel tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984. - Bernama

Artikel Berkaitan: