X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air pulih sepenuhnya di kawasan terjejas

A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air di enam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), telah pulih sepenuhnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata ia berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga 6 pagi ini.

Henti tugas LRA SSP2 bermula Rabu lepas sebelum ini dilapor menyebabkan gangguan bekalan air melibatkan 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di Shah Alam/Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat atas kerjasama diberikan ketika gangguan bekalan sementara dan kerja penambahbaikan tersebut,” kata Syabas yang merupakan ahli kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus