Akhbar tabloid Australia salah cetak halaman akhbar lain

Akhbar tabloid The Daily Telegraph secara tidak sengaja mencetak halaman akhbar The Sydney Morning Herald dalam keluarannya. - Foto The Guardian
Akhbar tabloid The Daily Telegraph secara tidak sengaja mencetak halaman akhbar The Sydney Morning Herald dalam keluarannya. - Foto The Guardian
A
A
A

SYDNEY - AUSTRALIA. Salah satu akhbar tabloid terkenal di Australia dilaporkan mencetak halaman akhbar lain ekoran kesilapan ketika proses percetakan.

Akhbar The Daily Telegraph milik Rupert Murdoch secara tidak sengaja telah mencetak dua halaman akhbar The Sydney Morning Herald dalam keluaran Khamis lalu.

The Daily Telegraph kemudian memohon maaf atas kesilapan tersebut dan berkata ia berlaku ketika proses mencetak.

"Kedua-dua syarikat akhbar berkongsi fasiliti percetakan yang sama di barat Sydney, kami meminta maaf di atas sebarang kekeliruan yang terjadi," kata Daily Telegraph dalam kenyataan di laman Twitter.

Pada 2018, syarikat pemilik Herald, Fairfax bersetuju untuk berkongsi pusat percetakan bersama News Corp yang merupakan pemilik Telegraph.

Menurut ketua Fairfax ketika itu, Greg Hywood, perkongsian fasiliti percetakan akan menjadikan penghasilan suratkhabar lebih efisien untuk kedua-dua pihak. - Agensi

Artikel Berkaitan: