Amanah sambut baik penambahan bilangan pelajar matrikulasi

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk menambah jumlah pelajar matrikulasi kepada 40,000 tempat berbanding 25,000 tempat sebelum ini.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil menyifatkan langkah itu tepat selaras dengan agenda perubahan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, penambahan jumlah pelajar itu dan pengekalan 90 peratus kuota Bumiputera serta 10 peratus bukan Bumiputera selaras dengan agenda PH untuk meningkatkan keadilan sosial dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dengan memberikan penekanan kepada pendidikan.

“Dengan meningkatkan peluang pendidikan kepada Bumiputera melalui pintu matrikulasi, Pemuda Amanah yakin ekonomi orang Melayu, Sabah dan Sa-rawak dapat dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuota bukan Bumiputera ke matrikulasi bersifat one-off: Menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Tambah pelajar matrikulasi akan timbul banyak masalah: DAP

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tambah 40,000 tempat untuk pelajar selesai isu kuota matrikulasi

Pada 24 April lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan bilangan kemasukan pelajar ke program matrikulasi ditambah daripada 25,000 tempat kepada 40,000 tempat untuk memastikan program tersebut dapat memberikan peluang pendidikan kepada semua kaum.

Artikel Berkaitan: