X

Kindly register in order to view this article
!

11 senjata api dicuri dari balai polis New Zealand

Undang-undang baharu negara itu melarang senjata anti-automatik ala tentera sebagai respons terhadap tragedi berdarah di Christchurch.
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. 11 senjata api yang diserahkan kepada pihak berkuasa susulan insiden serangan ganas di Christchurch dicuri dari sebuah balai polis New Zealand.

Jurucakap polis memaklumkan mereka kini sedang memburu suspek yang melarikan diri selepas dikesan di kawasan balai tersebut di Palmerston North di North Island.

Kenderaan dipandunya telah ditemukan tidak lama selepas itu.

“Kecurian itu berlaku di ruang penyimpanan. Ia bukan milik anggota kami, namun senjata untuk pameran atau diserahkan bagi tujuan dilupuskan,” kata pemangku Komander Daerah Tengah, Sarah Stewart, hari ini.

Sejak beberapa minggu lalu, ribuan senjata api telah diserahkan selepas kerajaan meluluskan undang-undang lebih tegas yang melarang senjata semi-automatik ala tentera sebagai respons terhadap tragedi berdarah yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Christchurch.

Difahamkan, pemilik senjata api diberi tempoh sehingga 30 September depan untuk berbuat demikian. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!