Angka kematian serangan Sri Lanka menurun kepada 253 orang

Penduduk menyalakan lilin sebagai tanda memperingati mangsa serangan berdarah di Sri Lanka pada Ahad lalu.
A
A

COLOMBO - SRI LANKA. Pihak berkuasa Sri Lanka telah menurunkan angka kematian kepada 253 selepas angka korban mencecah lebih 350 orang sebelum ini.

Jumlah kematian yang disemak semula itu bakal memberi tekanan baharu kepada kerajaan yang telah berdepan kecaman banyak pihak atas kegagalannya untuk bertindak walaupun menerima amaran awal tentang serangan tersebut.

“Kebanyakan tubuh mangsa terpisah daripada badan yang menyebabkan kiraan berganda.

Jumlah itu dijangka berkurangan lagi apabila proses autopsi dan rujuk silang dengan sampel DNA selesai,” menurut Kementerian Kesihatan ketika menjelaskan tentang perubahan angka kematian itu.

Kementerian itu bagaimanapun tidak memaklumkan perubahan angka itu juga melibatkan kematian warga asing selepas sekurang-kurangnya 40 dilaporkan terbunuh dalam serangan ganas menyasarkan hotel terkemuka. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia