Klang berpotensi ke arah bandaraya

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Klang memiliki pelbagai keistimewaan yang berpotensi untuk menjadi bandaraya.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Klang merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun.

Menurutnya, penarafan sebagai bandaraya bakal menjadikan daerah itu sebagai ‘greater Klang’, sekali gus mewujudkan gabungan bandar metropolitan baharu di Selangor.

"Kalau kita melihat dengan lebih lanjut, Klang merupakan kawasan yang pesat membangun jika kita unjur dari Petaling Jaya dan ia hampir berhubungan antara satu sama lain," katanya.

Bandar Klang mempunyai potensi menjadi bandaraya atas keistimewaan yang dimiliki daerah ini.
Bandar Klang mempunyai potensi menjadi bandaraya atas keistimewaan yang dimiliki daerah ini.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan cadangan Projek Peremajaan Bandar Klang 2019 di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tadi.

Katanya, cabaran membangunkan Klang adalah ‘meremajakan’ daerah itu ekoran pembangunan dijalankan sebelum ini tidak seimbang.

"Pembangunan meremajakan Klang membabitkan agensi dan syarikat milik kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Klang, Pemerbadanan Menteri Besar, pejabat daerah dan tanah, organisasi bukan kerajaan dan pihak swasta.

Artikel Berkaitan:

“Sekarang kita ada bandaraya Shah Alam, tahun ini atau dua tahun lagi kita cuba naik taraf Subang Jaya dan saya harap Klang juga bergerak ke arah bandaraya,” katanya.