Bekalan air di lima daerah pulih sepenuhnya

Abdul Raof Ahmad
Abdul Raof Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekalan air di lima daerah termasuk Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya hingga jam 6 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, hanya bekalan air di Kuala Lumpur masih dalam tempoh pemulihan yang kini berada pada tahap 98 peratus.

Menurutnya, segala usaha sedang diambil bagi mempercepatkan pemulihan di lokasi serta premis-premis yang masih lagi belum pulih.

”Bekalan air di lima wilayah yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penambahbaikan sistem agihan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) telah pulih sepenuhnya kecuali wilayah Kuala Lumpur.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pelanggan-pelanggan yang telah memberikan kerjasama dalam usaha kami meningkatkan perkhidmatan bekalan air,” katanya.

Pengguna boleh muat turun aplikasi telefon bimbit air selangor di Google play atau Appstore untuk info bekalan air dan maklumat terkini atau layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook "Air Selangor", Twitter @air_selangor,” katanya.

Pelanggan juga boleh menghubungi talian 15300 atau Whatsapp ke talian 019281 6793 dan 019280 0919.

Terdahulu, 4,143,645 pengguna di 577 kawasan dilapor terlibat dengan gangguan bekalan air yang mengambil masa kira-kira 86 jam sejak 24 April lalu.

Artikel Berkaitan:

Gangguan bekalan air melibatkan kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.