Kenderaan JPJ terlibat kemalangan

Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 217.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat, di sini, pagi tadi.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 217.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat, di sini, pagi tadi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 217.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat, di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, dua anggota jabatan itu yang terdiri daripada pemandu dan penumpang berusia 35 dan 36 tahun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat dan kenderaan terbabit dalam perjalanan dari JPJ Melaka menuju JPJ Putrajaya.

"Setibanya di lokasi kejadian, pacuan empat roda berkenaan dipercayai hilang kawalan akibat hujan lebat sebelum terbabas.

"Akibatnya kenderaan itu kemudian melanggar penghadang jalan sebelum terkena belakang sebuah lori," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagaimanapun lori berkenaan tidak dapat dikenal pasti berkemungkinan disebabkan pemandunya tidak menyedari kejadian.

"Kenderaan yang terbabit sudah dialihkan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk tindakan seterusnya selain kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Artikel Berkaitan: