Seorang maut helikopter tentera Venezuela terhempas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Seorang pegawai tertinggi tentera Venezuela terbunuh dalam kejadian helikopter terhempas di barat Venezuela semalam.

Sumber polis berkata, seorang lagi mangsa dilaporkan cedera.

Mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai ketua operasi zon negeri Zulia, Dilia Rodriguez.

Laporan awal berkata, Jeneral Alfonso Torres dan juruterbang pesawat malang itu terkorban dalam insiden tersebut.

Helikopter itu terhempas di satu kawasan di bandar Maracaibo dan punca nahas masih disiasat. - Agensi

Artikel Berkaitan: