RON95, diesel kekal, RON97 naik satu sen

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi RON97 naik satu sen seliter menjadikan harga terbaharu bahan bakar itu RM2.81 seliter bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras sama, masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

"Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei sepatutnya naik satu sen seliter daripada RM2.50 seliter kepada RM2.51 seliter dan naik dua sen seliter daripada RM2.46 seliter kepada RM2.48 seliter masing-masing," katanya.

Harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas dikekalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menjelaskan anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 27 April sehingga 3 Mei adalah berjumlah RM133.62 juta.

Artikel Berkaitan: