JAIPk perkenal Teman Halal, SnapNPay

Mohd Yusop Husin
Mohd Yusop Husin
A
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memperkenalkan keahlian Teman Halal yang bertindak sebagai ejen dalam menangani isu berkaitan pensijilan halal.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pasukan sukarelawan itu akan membantu mengawasi kepatuhan pensijilan halal dengan lebih berkesan.

"Namun, mereka bukanlah penguat kuasa sebaliknya sebagai mata-mata yang akan menyalurkan maklumat berkaitan kepada Bahagian Pengurusan Halal JAIPk.

"Keahliannya terdiri daripada masyarakat dan kita menyasarkan setiap daerah sekurang-kurangnya mempunyai 10 hingga 20 keahlian," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Pada masa sama, Jaipk turut melancarkan aplikasi SnapNPay bagi membolehkan orang ramai bersedekah dalam talian dengan mengimbas kod QR atau kod bar hanya menggunakan telefon bimbit.

Pengurus Perhubungan Korporat Bank Islam Negeri, Abd Razak Khalid berkata, sumbangan serendah RM5 oleh dibuat dengan memuat turun aplikasi SnapNPay di Google Play atau App Store secara percuma.

"Pihak masjid mendapatkan manfaat dengan melakukan kutipan derma dengan lebih efisien dengan penggunaan produk ini.

"Sumbangan ini tidak terhad kepada pelanggan Bank Islam sahaja malah boleh dibuat di semua bank yang mempunyai kod QR dengan enjin FPX, serta perbankan internet," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Masjid Muhibuddin Shah, Masjid Sultan Idris Shah II dan Masjid Sultan Azlan Shah telah diperkenalkan dengan aplikasi itu.

"Kita sedang mempergiatkan usaha memasarkan produk ini dengan mempromosikannya di semua masjid di negeri ini," katanya.