Peminat bertambah selepas Eyra bertudung

Pelakon, Eyra Hazali
Pelakon, Eyra Hazali
A
A
A

PELAKON meningkat naik, Eyra Hazali berkongsi peminatnya bertambah selepas dia mula mengenakan hijab.

"Alhamdulillah... menurut admin peminat saya iaitu Eyranizers semakin bertambah. Malah yang hadir berikan sokongan pada malam AME 2019, rata-rata semua bertudung.

"Saya anggap ini sebagai satu pembukaan rezeki saya," katanya sudah mempuyai hampir 47,000 peminat.

No Image Caption

Trofi kedua untuk kategori Artis Baharu MeleTOP selepas sembilan tahun dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa 2010, Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali, 20, menyifatkan kemenangannya itu sebagai rezeki dari Allah.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan aktres cantik itu mula berhijab pada awal Februari lalu.

Dalam perkembangan kerjaya seni, Eyra sedang menjalani penggambaran drama bersiri 80 episod bertajuk, Puteri Yang Ditukar untuk Astro Prima yang dijadual bersiaran pada Julai depan.

Artikel Berkaitan: