X

Kindly register in order to view this article
!

Mengamuk tak dapat duit, abang tumbuk adik

Mohd Zamri Mohd Rowi
A
A

KAMPUNG RAJA - Berang kerana tidak dapat duit daripada ibunya, seorang lelaki mengamuk lalu menumbuk adiknya.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Seberang Limbongan dekat sini pada jam kira-kira jam 1.30 pagi Rabu lalui, suspek yang berusia 25 tahun bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana ibunya tidak memberikan duit.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek juga mengugut akan memukul ibunya jika ibunya tidak memberikan dia wang.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak menumbuk di bahagian telinga sebelah kiri adik lelakinya yang berusia 16 tahun.

“Bimbang dengan tindakan suspek, ibu yang berusia 57 tahun dan masih bertugas sebagai guru telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja demi keselamatan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!