Suami isteri, dua rakan diberkas edar ketum

Shanmuagamoorthy (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian rampasan air ketum susulan serbuan di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur, kelmarin.
Shanmuagamoorthy (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian rampasan air ketum susulan serbuan di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur, kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan memproses dan mengedar air ketum sepasang suami isteri bersama dua rakan mereka sejak tiga bulan lalu akhirnya masuk jerat polis.

Kesemua suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, di sini, kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pemeriksaan di rumah terbabit oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul membawa penemuan 75 bungkusan plastik air ketum dan 320 bungkus daun ketum dengan kesemuanya dianggarkan bernilai RM2,510.

Menurutnya, turut ditemui adalah peralatan dipercayai digunakan untuk memproses air ketum seperti tong gas, dapur gas, alat penimbang dan periuk besar.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memperoleh bekalan daun ketum dari utara tanah air.

Sebahagian rampasan air ketum susulan serbuan di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur, kelmarin.
Sebahagian rampasan air ketum susulan serbuan di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur, kelmarin.

“Kita percaya air ketum ini akan dijual dengan harga RM10 sebungkus (1 liter) yang mana mereka mampu menjualnya sekitar 100 ke 150 bungkus sehari,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul, hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, semakan mendapati kesemua suspek ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dengan tumpasnya kesemua suspek ini, polis percaya telah menumpaskan aktiviti pemprosesan dan pengedaran air ketum di sekitar daerah Sentul.

"Kesemua suspek kini direman sehingga Ahad ini. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman penjara tidak lebih empat tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya.