Sepanduk desak Bibi Ramjani lepas jawatan

Sepanduk mendesak Bibi Ramjani Ilias Khan berundur digantung di beberapa kawasan.
Sepanduk mendesak Bibi Ramjani Ilias Khan berundur digantung di beberapa kawasan.
A
A
A

KEKECEWAAN terhadap Presiden Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan semakin ‘panas’ apabila sepanduk mendesak beliau melepaskan jawatan dinaikkan.

Sepanduk tertera luahan kemarahan, antaranya ‘Sila Letak Jawatan Pemusnah Bola Kelantan FA’, ‘Rombak Kafa’, ‘Bibi Out’ dan Selamatkan Bola Sepak Kelantan’ berada di sekotar Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Mas.

Kemungkinan sepanduk mahukan usahawan batik itu segera berundur baharu digantung malam tadi berikutan beberapa kemelut melanda badan yang menguruskan The Red Warriors (TRW) selama ini belum menemui titik nokhtahnya.

Kontroversi yang melanda Kafa kian memuncak itu bukan sahaja dirasakan penyokong setia TRW bahkan turut menjejaskan prestasi pasukan sehingga berada di kedudukan tercorot Liga Perdana.

Keberanian menggantungkan sepanduk tersebut juga disebabkan kegagalan Kafa melunaskan tunggakan gaji Alfredo Gonzales sehinggakan tiga mata dipotong sekali gus, terperosok ke tangga tercorot Liga Perdana.

Dua hari lalu, Kelab Penyokong The Red Warriors KLIA juga mendesak supaya Bibi Ramjani segera berundur dilihat gagal menjalankan tugasnya.

Kelab tersebut juga menyifatkan kekalahan buruk 2-5 kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu jelas memperlihatkan kegagalan Bibi Ramjani yang memegang jawatan itu sejak September 2017.

Artikel Berkaitan: