Mira Filzah, Remy Ishak: Kami okay sahaja

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Mira Filzah, tidak menolak sekiranya terus ditawarkan lagi untuk berlakon di samping aktor Remy Ishak.

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, percaya penonton mahu melihat mereka berlakon bersama.

"Kalau penonton mahu melihat kami berlakon bersama-sama lagi tak ada masalah, malah kami OK sahaja. Asalkan ada permintaan daripada penonton.

"Tetapi, saya nak juga bekerjasama dengan pelakon lain, lain orang lain cara.

"Mungkin banyak lagi cara lakonan yang saya boleh belajar dengan pelakon lain," ujarnya.

No Image Caption

Mira yang ditemui pada sidang media Anugerah MeleTOP ERA 2019 berkata, antara pelakon lelaki lain ialah Redza Minhat.

"Bagi saya dia seorang yang ada karisma dan aura tersendiri.

Artikel Berkaitan:

"Saya mula mengikuti perkembangan dan lakonannya bermula filem Pisau Cukur. Watak dia memikat hati penonton," jelas pelakon wanita Lelaki Kiriman Tuhan itu.

Pada AME2019 lalu, drama terbitan Zeel Production dan arahan Rashid Sibir iaitu, Lelaki Kiriman Tuhan dinobatkan sebagai Drama MeleTOP.