'Keputusan Mas Ermieyati sertai Bersatu tepat'

index
index
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas pegawai khas Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menyertai Bersatu adalah tepat.

Syed Ahmed Najib Syed Abdul Rahman berkata, mengenali bekas Ketua Wanita Umno itu, beliau yakin dan percaya Mas Ermieyati telah mengambil kira pelbagai aspek dan pasti difikirkan terbaik untuk beliau berkhidmat serta berbakti kepada masyarakat di Parlimen Masjid Tanah.

"Saya percaya ini bukanlah satu keputusan yang mudah apatah lagi beliau telah sebati dengan perjuangan Umno.

Namun, demi rakyat yang diwakilinya, keputusan ini harus dilakukannya dan saya anggap sebagai satu pengorbanan yang besar untuk rakyat di kawasan beliau," katanya.

Tambah Syed Ahmad Najib, tindakan beliau ini juga mungkin atas faktor keyakinan beliau kepada pucuk pimpinan kerajaan PH, Tun Dr Mahathir yang mampu memimpin parti dan negara dengan baik selain prinsip asas utama perjuangan beliau iaitu demi agama, bangsa dan negara.

"Saya mengucapkan selamat berjaya kepada beliau.

Teruskan berkhidmat dengan cemerlang demi rakyat Masjid Tanah,"ujarnya.

Beliau turut menasihatkan Mas Ermieyati supaya jangan terlalu fokus kepada tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan: