Suami isteri maut dirempuh kereta

Kereta dinaiki lima sekeluarga melanggar mangsa sebelum terbabas dan terbalik di KM 427.1 lebuhraya PLUS arah utara, malam tadi.
Kereta dinaiki lima sekeluarga melanggar mangsa sebelum terbabas dan terbalik di KM 427.1 lebuhraya PLUS arah utara, malam tadi.
A
A
A

HULU SELANGOR - Pasangan suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mereka terbabas sebelum dirempuh sebuah kereta di KM 427.1 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Beruntung di sini, malam tadi.

Mohd Adly Bin Ahmad, 43 dan isteri, Intan Safinaz binti Mohd Haris, 43 beralamat di Pot Dickson maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian 11.19 malam itu, motosikal Honda CBR 650 ditunggangi terbabas di lorong tengah sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Saga FL dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun.

Menurutnya, kereta dinaiki lima sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Pulau Pinang turut terbabas sebelum terbalik ke longkang sebelah kiri jalan.

Kerosakan pada bahagian depan motosikal ditunggangi pasangan suami isteri tersebut setelah dirempuh sebuah kereta di KM427.1 lebuhraya PLUS, malam tadi.
Kerosakan pada bahagian depan motosikal ditunggangi pasangan suami isteri tersebut setelah dirempuh sebuah kereta di KM427.1 lebuhraya PLUS, malam tadi.

"Dua daripada tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami cedera ringan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Sementara itu seorang warga emas berusia 77 turut cedera menerima rawatan di zon kuning hospital sama," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang maut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: