PKNP FC buru mata berdepan Perak

Barisan kesebelasan PKNP FC yang akan bertemu Perak malam esok.
Barisan kesebelasan PKNP FC yang akan bertemu Perak malam esok.
A
A
A

KITA perlukan mata, itu reaksi ringkas pengendali PKNP FC,Abu Bakar Fadzim menjelang aksi Unifi Liga Super 2019 berdepan Perak di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), malam esok.

Abu Bakar berkata, pertemuan berkenaan pastinya ditunggu-tunggu oleh penyokong kerana bakal melibatkan dua pasukan yang berpengkalan dari negeri yang sama.

Malah menurutnya, tidak ada persiapan luar biasa yang dilakukan menjelang pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus itu melainkan kesebelasan pemain diharapkan mampu memberikan aksi terbaik untuk mencatatkan keputusan yang membanggakan.

“Persiapan kita seperti biasa kerana kita memang perlukan mata daripada perlawanan ini dan kita akan turunkan kesebelasan pemain yang setakat ini telah beraksi dengan baik.

“Kita jangkakan Perak juga akan menurunkan pemain yang telah beraksi dengan baik setakat ini dalam usaha membawa pulang mata berharga,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Abu Bakar menyifatkan aksi malam ini ibarat ‘raptai penuh’ menjelang aksi suku akhir pertama Shopee Piala FA 2019 antara kedua-dua pasukan di gelanggang sama, 30 April ini.

Justeru katanya, aksi di depan penyokong sendiri malam ini perlu dimanfaatkan kesebelasan PKNP FC untuk meraih kejayaan.

“Memang kita perlukan mata cuma kali ini, kita bertemu awal menjelang Piala FA jadi perlawanan malam ini ibarat ‘raptai penuh’ kita.

Artikel Berkaitan:

“Kedua-dua perlawanan ini memang penting untuk PKNP FC. Untuk Liga Super, kita perlukan mata dan untuk Piala FA pula, kita perlukan ‘bekalan’ untuk saingan suku akhir kedua di Ipoh 11 Mei nanti,” katanya.