Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam ditutup hingga Mei tahun depan

Muzium Sultan Alam Shah - Foto Wikipedia
Muzium Sultan Alam Shah - Foto Wikipedia
A
A
A

SHAH ALAM - Muzium Sultan Alam Shah akan ditutup kepada pengunjung bermula Rabu ini hingga 31 Mei tahun depan.

Pegawai Penerangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) Farhani Shamsudin berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf dan pengubahsuaian melibatkan semua balai pameran tetap di muzium tersebut.

Bagaimanapun, penutupan tidak termasuk kemudahan Dewan Raja Lumu dan Auditorium Daeng Chelak, permohonan untuk penyewaan masih dibuka seperti biasa.

"Program Semarak Warisan juga akan berlangsung seperti biasa pada setiap Ahad minggu kedua, pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Lobi Semarak Muzium Sultan Alam Shah.

“Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh berhubung dengan Unit Perhubungan Awam Padat di talian 035519 0050/5510 3220 atau 5510 3190 atau emelkan kepada korporat@padat.gov.my.

Artikel Berkaitan: