Lima petua hilangkan selesema kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

KANAK-KANAK apabila mengalami selesema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis dan merengek hingga membuatkan ibu buntu.

Jadi, untuk membantu anda, kami senaraikan beberapa makanan dan petua hilangkan selsema anak ini.

Secara lumrahnya, kanak-kanak yang jatuh sakit akan menyebabkan selera makannya turut terjejas.

Lagi pula ketika selsema, mereka akan berasa tidak selesa ketika makan kerana menganggap makanan yang dihidangkan itu membosankan dan hambar.

Kerongkong mereka pula akan gatal dan hidung tersumbat. Lagilah susah nak makan walaupun makanan yang dihidang itu antara kegemaran mereka!

Namun tak usah terlalu khuatir. Hilang selera makan ketika selesema adalah perkara normal.

Ia akan kembali seperti sedia kala selepas sihat.

Perkara utama yang harus dititik beratkan ketika anak selsema adalah si kecil tetap terhidrasi.

Artikel Berkaitan:

Tetapi, sekiranya si kecil itu meminta makanan kerana lapar, anda boleh menyediakan beberapa jenis makanan ini untuk mereka.

Kelebihannya adalah ia amat berkhasiat dan boleh bantu anak pulih dengan lebih cepat!

Petua hilangkan selesema anak: Sediakan lima makanan ini

1 – Petua hilangkan selesema– MADU

Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik daripada ubat batuk yang dibeli di farmasi.

Ia dapat mengurangkan batuk, selesema dan sakit tekak.

Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.

2 – Petua hilangkan selesema – SUP AYAM

Kajian menunjukkan, makan sup ketika selesema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:

  • Rembesan mucus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak.
  • Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.
  • Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan.

Selain sup ayam, anda juga oleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.

3 – Petua hilangkan selesema – VITAMIN C

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi iaitu:

  • Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis

Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selesema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

4 – Petua hilangkan selesema – DAGING TANPA LEMAK

Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak.

Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.

5 – Petua hilangkan selesema – BAWANG PUTIH

Bawang putih juga merupakan ramuan memasak yang lazat dan mencegah penyakit.

  • Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat.
  • Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selsema anak.

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.

Jadi, adalah lebih baik anda berikan makanan yang halus dan lancar seperti

  • Makanan pejal yang ringan seperti puding, yogurt atau buahan-buahan yang mengandungi tinggi vitamin C
  • Sup dengan hirisan bawang putih.
  • Kisarkan beberapa pilihan buah-buahan dan jadikan ia smoothie atau jus.
  • Tetap beri susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah 6 bulan. Sementara itu, bagi ibu yang menyusu badan, anda disarankan amalkan pemakanan di atas supaya khasiatnya dapat kepada anak melalui susu badan.

Petua hilangkan selesema dengan cara lain

  • Guna ubat titisan (saline drops) yang berbentuk cecair ke saluran hidung anak. Ia boleh digunakan tiga kali sehari
  • Banyakkan minum air bagi membantu kahak/lendir ingus lebih cair dan memudahkan urusan membersihkan hidung yang tersekat. Air putih, susu dan jus dapat membantu melegakan masalah ini.
  • Tinggikan kepala bayi ketika tidur dapat membantunya bernafas dengan lebih baik di saat hidung tersumbat.
  • Hidupkan humidifier supaya meningkatkan kelembapan udara dan membantu anak untuk bernafas dengan lebih baik.
  • Bawa anak berjumpa doktor bagi merawat demamnya jika suhu semakin membimbangkan. Jika doktor bagi ubat, beri anak makan dengan waktu yang telah diarahkan.
  • Jangan paksa mereka makan ketika sakit, biarkan mereka sendiri yang memberi tahu pada anda jika berkeinginan untuk makan.

Diharap artikel ini membantu dalam merawat selesema anak anda.

Jika keadaanya semakin berlarutan, adalah lebih baik, dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk pemantauan yang lebih rapi.

Sumber: theAsianParent