Azhan Rani minta watak Ustaz Hamadi dimatikan

Azhan Rani
Azhan Rani
A
A
A

WATAK Ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh pelakon hebat, Azhan Rani menerusi drama Nur 2 betul-betul memberi kesan kepada penonton, apatah lagi apabila wataknya dimatikan.

Menurut pengarah drama popular itu, Shahrulezad Mohameddin, dalam satu temu bual bersama Hot FM pagi tadi, mendedahkan Azhan sendiri yang meminta agar watak tersebut dimatikan.

"Dia tak percaya pada sekuel. Malah, masa kami nak buat Nur 2, orang yang sangat susah nak pujuk ialah Azhan.

"Bagaimanapun, Azhan berjaya dipujuk. Dia menjanjikan lakonan sebagai Ustaz Hamadi pada Nur 2 adalah yang terakhir.

"Azhan memang payah, saya fikir kalau dia tak buat, saya pun takkan buat. Saya tak ada masalah kalau Azhan tak dapat buat, tetapi ia akan mengecewakan para pelakon lain.

"Pujuk-pujuk dan terangkan watak dia pada kali ini lebih garang dan terangkan lagi kenapa Madi macam itu, dia tertarik namun pada masa sama berjanji ini akan menjadi lakonannya yang terakhir sebagai Madi," ujar Shahrulezad yang juga dikenali dengan nama Budak Ijat.

Artikel Berkaitan:

Azhan Rani
Azhan Rani

Tambahnya, dalam produksi Nur terdapat dua orang yang skeptikal dengan naskhah pada kali ini iaitu Azhan dan dirinya sendiri.

'Sebab saya tak pernah terfikir ada sekuel yang perlu, kalau habis...habis lah. Tetapi, sebab drama ini diteruskan ialah kerana mendapat permintaan ramai orang.

No Image Caption

"Oleh sebab itu, saya rasa ada cerita yang boleh dikembangkan lagi saya mencadangkan untuk ada kan Nur 2," katanya.

Selain Azhan, penolong pengarah, Uchee, yang turut menjadi pelakon tambahan dalam Nur 2, juga menjadi bualan di social media.

Barisan pelakon Nur 2 lain terdiri daripada Amyra Rosli, Syafiq KyleJalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, dan Raja Atiq.

No Image Caption